JENIS-JENIS PPBK
Terdapat lima jenis PPBK yang utama iaitu latihtubi, tutorial, simulasi, permainan dan penyelesaian masalah. Setiap jenis PPBK mempunyai kelebihan masing-masing dan sesuai digunakan dalam mata pelajaran peringkat rendah, menengah dan tinggi.
Latihtubi adalah suatu latihan yang berikan oleh komputer untuk meningkatkan pengalaman pembelajaran.
Tutorial melibatkan komputer memperkenalkan bahan-bahan pembelajaran di sampaikan secara berperingkat-peringkat dan diikuti dengan soalan-soalan.
Simulasi adalah suatu situasi yang disediakan oleh komputer dengan memberikan gambaran sebenar terhadap sesuatu objek, proses atau peristiwa.
Permainan merupakan jenis PPBK yang melibatkan aktiviti berbentuk pertandingan di mana pelajar akan membuat keputusan, mengikut arahan dan peraturan. Unsur-unsur hiburan dan keseronokandimasukkan bersama-sama semasa pelajar mempelajari sesuatu kemahiran dalam PPBK.
Penyelesaian masalah adalah jenis PPBK yang dapat digabungkan dengan kaedah Permainan untuk menghasilkan suatu keputusan yang hendak diambil oleh pelajar.Pelajar akan melakukan pilihan yang sesuai dan tepat.
No comments:
Post a Comment