Friday, June 11, 2010

JENIS-JENIS PPBK

Terdapat
lima jenis PPBK yang utama iaitu latihtubi, tutorial, simulasi, permainan dan penyelesaian masalah. Setiap jenis PPBK mempunyai kelebihan masing-masing dan sesuai digunakan dalam mata pelajaran peringkat rendah, menengah dan tinggi.

Latihtubi adalah suatu latihan yang berikan oleh komputer untuk meningkatkan pengalaman pembelajaran.

Tutorial melibatkan komputer memperkenalkan bahan-bahan pembelajaran di sampaikan secara berperingkat-peringkat dan diikuti dengan soalan-soalan.

Simulasi adalah suatu situasi yang disediakan oleh komputer dengan memberikan gambaran sebenar terhadap sesuatu objek, proses atau peristiwa.

Permainan merupakan jenis PPBK yang melibatkan aktiviti berbentuk pertandingan di mana pelajar akan membuat keputusan, mengikut arahan dan peraturan. Unsur-unsur hiburan dan keseronokandimasukkan bersama-sama semasa pelajar mempelajari sesuatu kemahiran dalam PPBK.

Penyelesaian masalah adalah jenis PPBK yang dapat digabungkan dengan kaedah Permainan untuk menghasilkan suatu keputusan yang hendak diambil oleh pelajar.Pelajar akan melakukan pilihan yang sesuai dan tepat.
JENIS-JENIS PPBK

Terdapat enam jenis PPBK yang utama iaitu latihtubi, tutorial, simulasi, permainan dan penyelesaian masalah. Setiap jenis PPBK mempunyai kelebihan masing-masing dan sesuai digunakan dalam mata pelajaran peringkat rendah, menengah dan tinggi.
i.Tutorial
Berguna untuk mempersembahkan bahan pengajaran yang baru dan mempunyai langkah-langkah penerangan yang tersusun (Alessi dan Trollip, 1991) dan bertindak sebagai tutor yang menyampaikan pengajaran. Pelajar boleh belajar mengikut kemampuan dan merekodkan aktiviti pembelajaran mereka jika tutorial dibangunkan dengan baik.
ii. Latih Tubi
Latih tubi dilaksanakan untuk menilai pemahaman pelajar atau pengukuhan dan dilaksanakan secara kendiri. Pelajar diberi beberapa soalan manakala komputer akan memberi maklum balas berdasarkan jawapan mereka.

Alessi dan Trollip (1991) telah mencadangkan cara pemilihan yang sesuai secara pilihan rawak

iii. Permainan
PPBK yang semakin popular masa kini dengan mengguanakan pendekatan belajar sambil bermain untuk menarik minat pelajar menjadikan pembelajaran sesuatu yang menyeronokkan.

Dalam melaksanakan permainan dalam pengajaran, guru perlu berhati-hati agar objektif permainan adalah sesuai dengan objektif pengajaran (MacFarlane & Sparrowhawk, 2002).

iv. Simulasi
Didefinisi sebagai keadaan atau sistem yang dimodelkan melalui komputer yang mengandungi maklumat tentang bagaimana keadaan atau sistem itu berfungsi. Pelajar berpeluang untuk menjalankan aktiviti untuk menguji hipotesis dan memahami kesan sesuatu tindakan terhadap sesuatu sistem atau keadaan sebelum menghadapi sesuatu keadaan sebenar.

Pengunaan simulasi selepas sesuatu pengajaran akan mengukuhkan pemahaman pelajar dan dapat memperbetulkan kesilapan persepsi yang mungkin diperolehi semasa pembelajaran sebenar.

v. Tunjuk Cara
Berguna untuk menunjukkan kepada pelajar sesuatu prosedur. Pelajar boleh memahami sesuatu prosedur sebelum melakukannya dalam keadaan sebenar. Lebih-lebih lagi melibatkan sesuatu proedur yang tidak boleh atau tidak sesuai dilakukan di dalam kelas disebabkan kekurangan peralatan, berbahaya atau terlalu kompleks.

Penggunaan beberapa gambar bersiri, simulasi atau animasi boleh digunakan untuk kaedah ini. Perlakuan secara interaktif, latihan berulang kali sehingga mahir dan lebih yakin diberi kepada pelajar sebelum melaksanakannya sesuatu prosedur dalam keadaan sebenar.

vi. Ujian
Guru boleh mengukur dan menilai pencapaian pelajar dengan semerta. Soalan-soalan jenis objektif, isi tempat kosong, padanan, benar- salah dan sebagainya sesuai digunakan bagi PPBK ini.

Pelajar akan mendapat maklum balas terhadap pencapaian mereka dengan serta merta dalam situasi terkawal. Pencapaian didiagnogsis untuk menilai pencapaian pelajar dan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran dengan mengesan kelemahan pelajar dan kenal pasti tindakan seterusnya dalam merangka pembelajaran yang sesuai untuk pemulihan.

Dengan ini fikir-fikirkanlah, adakah anda seorang guru yang mengaplikasikan PPBK.

Wednesday, December 16, 2009

Monday, November 23, 2009

Sekolahku Syurgaku

Sekolah merupakan rumah kedua bagiku. Alhamdulillah...aku bersyukur kerana ditempatkan di sekolah Rendah Islam Al-Ehya' Asshariff Gunung Semanggol Perak. Di sini bermulanya kerjaya pertamaku. Citi-cita yang sekian lama ku idamkan sejak di bangku sekolah lagi. Ya Allah ku bersyukur di atas segala kurniaanMu pada ku selama ini.

Sekolahku